Langkah Permudah Urusan Visa Pacu Pelancongan, Penerbangan ke ASEAN Bertambah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 Januari 2024
Langkah Permudah Urusan Visa Pacu Pelancongan, Penerbangan ke ASEAN Bertambah

Sejak Malaysia, Singapura dan Thailand mengumumkan pengecualian visa kepada China, beberapa syarikat penerbangan China turut merancang menambah penerbangan ke ASEAN.

Eastern Airlines dan Juneyao Airlines mengumumkan peningkatan kekerapan penerbangan ke negara-negara ASEAN termasuk Thailand dan Singapura.

Pihak Juneyao Airlines berkata, penerbangannya antara China dan negara-negara ASEAN pulih dalam keadaan lancar. Kadar isi tempat duduk bagi penerbangan ke Thailand melebihi 90%, manakala harga tiket juga beransur-ansur kembali normal.

Spring Airlines juga merancang menambah penerbangan berkenaan menjelang tempoh cuti Tahun Baharu Cina (TBC).

Pada 5 Januari, Eastern Airlines mengumumkan peningkatan kekerapan bagi penerbangan Shanghai-Kuala Lumpur, Shanghai-Singapura, Hefei-Singapura, Nanjing-Singapura, Shanghai-Ho Chi Minh, Kunming-Bangkok, Shanghai-Bangkok dan Shanghai-Phuket.

Difahamkan bahawa, ini adalah berkat semakin banyak negara ASEAN memberikan pengecualian visa kepada warga China.

Setakat ini, kebanyakan negara ASEAN telah mempermudah urusan visa bagi warga China, termasuk mengecualikan visa atau memperkenalkan visa ketibaan dan eVisa.

Video

Berita Berkaitan