Arca Rubah Gergasi di Shanghai Jadi Tular

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 Januari 2024
Arca Rubah Gergasi di Shanghai Jadi Tular
(Foto dibekalkan kepada chinadaily.com.cn)

Sebuah arca rubah artik setinggi bangunan tujuh tingkat menjadi sensasi Internet baru-baru ini selepas dipamerkan kepada orang ramai pada hari pertama tahun baharu.

Terletak di ruang hijau awam Shanghai Suhewan Mixc World, sebuah pusat beli-belah di pinggir Sungai Suzhou yang melintasi pusat bandar Shanghai, arca berjudul “Let's Jump, Arctic Fox” itu karya ciptaan Arcfox, sebuah jenama EV milik BAIC Group, bersama-sama seniman terkenal Belanda, Florentijn Hofman.

Ini merupakan karya seni terpasang terbesar Hofman setakat ini.

Hofman terkenal kerana karya-karya seumpama, antaranya termasuklah itik getah gergasi yang terapung di Pelabuhan Victoria, Hong Kong.

“Bulu” pada badan rubah artik ini dibuat menggunakan hampir 380,000 keping kertas Tyvek yang mesra alam, yang dilekatkan secara manual pada bahagian badan.

Video