China Menarik Pelaburan Asing RMB1.1 Trilion Tahun 2023

(CRI)Isnin 22 Januari 2024

Statistik yang diumumkan Kementerian Perdagangan China pada Jumaat menunjukkan bahawa jumlah syarikat pelaburan asing yang baru ditubuhkan di China pada tahun 2023, meningkat sebanyak 39.7 peratus berbanding tahun 2022, dengan mencatat 53,766 buah, manakala modal asing yang terlibat dalam kontrak yang terlaksana menokok sebanyak RMB1.13391 trilion (RM744 bilion), yang menurun 8.0 peratus tahun ke tahun, tetapi tetap berada di paras tinggi dalam sejarah.

Modal asing yang terlibat dalam kontrak yang terlaksana dalam industri pembuatan China menyusut 1.8 peratus, dengan merekod sebanyak RMB317.92 bilion (RM208.5 bilion). Antaranya, sektor pembuatan berteknologi tinggi meningkat 6.5 peratus, pembuatan peralatan perubatan dan instrumentasi melonjak 32.1 peratus, dan pembuatan peralatan elektronik dan komunikasi naik 12.2 peratus.

Serentak itu, industri berteknologi tinggi menarik pelaburan asing sebanyak RMB423.34 bilion (RM277.63 bilion), menempati 37.3 peratus keseluruhan modal asing yang terlibat dalam kontrak yang terlaksana, iaitu satu rekod baharu dalam sejarah dengan 1.2 mata peratusan lebih tinggi daripada tahun 2022.

Dilihat dari segi negara pelabur, pelaburan yang terlibat dalam kontrak yang terlaksana yang termeterai dengan Perancis, Britain, Belanda, Switzerland dan Australia masing-masing meningkat 84.1 peratus, 81 peratus, 31.5 peratus, 21.4 peratus dan 17.1 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan