Pengasas WEF Yakin Prospek Ekonomi China

(CRI)Selasa 23 Januari 2024

China pasti mampu mengatasi pelbagai cabaran yang didepani menerusi tindakan berkesan dan mewujudkan model pertumbuhan ekonomi baharu.

Demikian dinyatakan pengasas dan pengerusi eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF) Klaus Schwab ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau memuji prestasi cemerlang dilakar China dalam pembangunan ekonomi dengan membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1979 dengan tahap KDNKnya sekarang.

Schwab berkata China kini mendahului negara lain dalam bidang teknologi membabitkan banyak sektor.

"Walaupun semua negara sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi, namun saya yakin China mempunyai kebijaksanaan yang cukup untuk mengatasi cabaran dihadapi ketika ini," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan