Laluan Penerbangan Terus Nanjing-Semporna Mulakan Operasi

(CRI)Rabu 24 Januari 2024

Perkhidmatan penerbangan terus Nanjing-Semporna memulakan operasi secara rasmi apabila pesawat FY3801 yang membawa 158 penumpang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lukou pada awal pagi Selasa.

Selaku laluan seumpama menuju Semporna yang pertama di China, ia bukan hanya memenuhi keperluan perjalanan bagi pengembara dari Nanjing dan kawasan sekitar, malah membantu mengukuhkan pertukaran sosiobudaya China-Malaysia.

Pihak berkuasa Nanjing turut mengambil pelbagai inisiatif untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam dan memendekkan waktu pelepasan pengembara di pintu sempadan.

Terletak di negeri Sabah, Semporna merupakan sebuah destinasi pelancongan yang digemari peminat aktiviti menyelam serta snorkel.

Video

Berita Berkaitan