China Seru Dorong Proses Politik di Haiti

(CRI)Jumaat 26 Januari 2024

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat mengenai situasi di Haiti.

Wakil Tetap China ke PBB Zhang Jun ketika berucap pada mesyuarat itu menzahirkan seruan kepada masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah bersama, menyokong tindakan polis Haiti dalam memelihara ketenteraman masyarakat. Beliau juga mendesak Amerika Syarikat (AS) memperhebat kawalan senjata api agar memutuskan sumber gangster Haiti mendapatkan senjata dan peluru secara haram.

"Kami berharap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa dapat ditempatkan secepat mungkin, merangka pelan tindakan praktikal yang mendapat sokongan rakyat Haiti, membantu Haiti meningkatkan pembinaan daya keselamatan dan menstabilkan situasi dalam negeri," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan