- Lain-lain
Adat Sambut TBC di Quanzhou (3)
Quanzhou, tapak warisan dunia UNESCO yang terletak di provinsi Fujian, tenggara China, kini diselimuti dengan suasana menyambut Tahun Baharu Cina (TBC). Mari lihat bagaimana penduduk Quanzhou menyambut hari kebesaran ini.
Belai Penyu Beras di Tokong
Tiap musim bunga, Tokong Tian Hou Gong dan Tokong Mazu Xiazhou menyusun bungkusan beras ribuan kilogram menjadi bentuk penyu yang ditutupi dengan kain merah.
Tibanya hari pertama tahun Imlek, kain akan dibuka dan penduduk tempatan akan beratur untuk membelai penyu itu, satu amalan yang bertujuan mendatangkan kekayaan.
Selepas hari ke-15 tahun baharu, beras itu akan diagihkan kepada keluarga yang kurang mampu.
Mohon Hajat di Lorong
Kuil Guandi yang didedikasikan kepada Guan Yu, seorang jeneral pada Zaman Tiga Kerajaan, dianggap sangat penting antara penduduk tempatan. Maka lorong di sekitar kuil itu, iaitu Houcheng, dianggap mempunyai kuasa ghaib. Ramai datang memohon hajat di lorong itu.
Kalau perkataan pertama yang didengari daripada penduduk lorong itu setelah diam-diam memohon hajat di dalam hati adalah kata yang baik, bermaksud hajat itu boleh dikabulkan. Jika terdengar kata yang tidak baik, bermaksud yang sebaliknya.
Berdoa di Kuil Tiangong
Kuil Tiangong merupakan sebuah kuil Taoist di Quanzhou. Menjelang TBC tiap tahun, akan diumumkan senarai zodiak haiwan yang perlu “menambahkan lagi tuah” pada tahun baharu. Orang yang termasuk dalam senarai itu akan datang mendoakan keberuntungan di Kuil Tiangong.