“Hedwig” di Medan Salji Hulunbuir

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 31 Januari 2024
“Hedwig” di Medan Salji Hulunbuir
Dalam siri novel fantasi Harry Potter, burung hantu salji merupakan utusan yang penting bagi si watak utama. Dalam kehidupan sebenar, burung ini juga digemari ramai kerana telatah yang lucu dan rupa yang comel. (China News Service/ Tian Haolin)

Di tengah-tengah musim sejuk yang dingin, Hulunbuir yang terletak di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam menyambut kedatangan “tetamu” yang cukup istimewa - sang burung hantu salji.

Spesies burung hantu salji kebanyakannya menjadikan kawasan Artik yang berlatitud tinggi sebagai habitat, khususnya di zon tundra, lembah rendah, atau cerun dan penara yang lebih 1,000 meter tinggi dari paras laut. Pada musim sejuk, haiwan ini sering merayau hingga ke Eropah, Amerika Utara, Asia Tengah, Korea Utara, Jepun serta bahagian utara China. Apabila tiba musim bunga, tiba juga masanya untuk burung hantu salji berhijrah kembali ke arah utara.

Video

Berita Berkaitan