Import dan Eksport Perkhidmatan China Naik 10 Peratus

(CRI)Khamis 01 Februari 2024

Sektor perdagangan perkhidmatan China merekodkan prestasi mantap pada 2023 dengan nilai import dan eksport sepanjang tahun mencecah 6.57 trilion yuan (RM4.33 trilion).

Angka itu meningkat 10 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data Kementerian Perdagangan.

Antaranya jumlah eksport menurun 5.8 peratus kepada 2.68 trilion yuan (RM1.77 trilion), sementara import naik 24.4 peratus kepada 3.88 trilion yuan (RM2.56 trilion), iaitu mencatat defisit perdagangan sebanyak 1.2 trilion yuan (RM793.5 bilion).

Video

Berita Berkaitan