Dokumen Pusat No.1 Rangka Peta Jalan Pembangunan Desa

(CRI)Ahad 04 Februari 2024

China menyiarkan dokumen pusat No.1 2024 yang menggariskan peta jalan bagi memacu pembangunan kawasan luar bandar secara menyeluruh, pada Sabtu.

Antara kerja utama yang digariskan dalam dokumen berkenaan termasuk memastikan keselamatan makanan, mencegah berlakunya gejala terjerumus semula ke kancah kemiskinan, serta meningkatkan pembangunan industri, pembinaan dan tadbir urus kawasan desa.

Menurut dokumen itu, usaha juga perlu dilakukan untuk mengukuhkan pacuan teknologi dan pembaharuan dalam menjana pembangunan luar bandar, di samping meningkatkan pendapatan kaum tani menerusi pelbagai pendekatan.

Video

Berita Berkaitan