Pelabuhan Tianjin Bina Pintu Masuk Maritim Aras Tinggi untuk Beijing-Tianjin-Hebei

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 06 Februari 2024
Pelabuhan Tianjin Bina Pintu Masuk Maritim Aras Tinggi untuk Beijing-Tianjin-Hebei
Gambar dron udara yang diambil pada 2 Februari 2024 menunjukkan sebuah kapal kargo sedang belayar di saluran utama Pelabuhan Tianjin, utara China. Pelabuhan Tianjin, yang terletak di pantai Laut Bohai, adalah pusat perkapalan utama di utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Dalam beberapa tahun mutakhir ini, Pelabuhan Tianjin memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang unik dengan terus menambah baik fungsi pelabuhan untuk membina pintu masuk maritim aras tinggi untuk kawasan Beijing-Tianjin-Hebei.

Bukan itu sahaja, sebuah saluran hijau turut dibuka untuk Kawasan Baru Xiong'an, diikuti penubuhan pusat perkhidmatan yang menyelaraskan khidmat antara pelabuhan dan CBD Beijing, serta pelancaran kereta api pengangkutan laut yang menghubungkannya dengan daerah Pinggu Beijing, bandar Xingtai di utara China serta provinsi Hebei dan kawasan lain.

Pelabuhan itu kini mempunyai hubungan perdagangan dengan lebih 500 pelabuhan di lebih 180 negara dan wilayah.

Pada 2021, terminal sifar karbon pintar pertama di dunia telah mula beroperasi di Pelabuhan Tianjin, dan zon demonstrasi pemanduan autonomi telah disediakan di sini.

Menurut statistik, daya pemprosesan kontena Pelabuhan Tianjin melebihi 22.17 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2023, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan