Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Anjur Mesyuarat Majlis Pengerusi

(CRI)Rabu 28 Februari 2024

Mesyuarat Majlis Pengerusi ke-14 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 berlangsung di Beijing pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Huning yang mempengerusikan mesyuarat itu menegaskan perlunya memperkasa perundingan berkaitan usaha memperdalam pembaharuan secara menyeluruh, di samping mengatur anggota CPPCC membuat penyelidikan bagi menyumbang kepada modenisasi ala China.

Beliau juga mahu anggota CPPCC mengkaji konsep daya produktif baharu dan mengemukakan usul untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi.

Mesyuarat itu meluluskan senarai calon pengerusi eksekutif dan pengacara bagi sesi pleno sidang kedua Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14.

Video

Berita Berkaitan