Anggota CPPCC: Hidupkan Tinggalan Budaya

(CRI)Rabu 08 Mac 2023

Ma Xiaolin, anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), berdedikasi terhadap pemuliharaan tinggalan budaya.

Selaku Pengarah Muzium Henan, beliau beriltizam memberi lebih banyak pendedahan kepada masyarakat tentang nilai tinggalan sejarah dan budaya sepanjang hampir 30 tahun menceburi kerjayanya.

“Tinggalan budaya bukanlah antik yang statik sahaja, tetapi merupakan sejarah yang hidup. Ia perlu dilindungi dengan baik dan lebih dikenali masyarakat,” kata Ma.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Muzium Henan giat melakukan inovasi dengan menggabungkan unsur sejarah dengan teknologi, sehingga mencipta banyak produk budaya yang digemari ramai seperti ‘Mystery Box’ bertema arkeologi dan tarian ‘Tang Gong Ye Yan’ (Night Banquet in Tang Dynasty Palace).

Sempena sidang tahunan CPPCC yang sedang berlangsung di Beijing, beliau mengemukakan syor dan cadangan berhubung usaha melindungi dan menyemarakkan warisan budaya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan