Beras, Ramuan Sajian Istimewa China dan Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 28 Februari 2024

Rakyat China dan Malaysia dua-duanya cukup pandai mengubah beras menjadi hidangan istimewa yang enak-enak.

Zongzi (Foto/IC)

Zongzi (Foto/IC)

Di China ada Zongzi, sejenis hidangan tradisional yang diperbuat daripada beras pulut yang disumbat dengan pelbagai inti dan dibalut dengan daun buluh.

Intinya berbeza-beza mengikut tempat. Secara umumnya, orang utara lebih suka zongzi manis berinti jujube dan pes kacang merah, manakala orang selatan lebih suka inti yang masin seperti telur masin dan daging.

Makan zongzi adalah satu amalan tradisional pada Pesta Duanwu yang juga dikenali sebagai Pesta Perahu Naga, yang disambut pada hari kelima bulan kelima kalendar tradisional. Zongzi direbus atau dikukus sebelum dihidangkan.

Nasi lemak. (Foto/IC)

Nasi lemak. (Foto/IC)

Di Malaysia juga ada zongzi, atau ketupat. Tetapi bagi orang tempatan, sajian yang benar-benar dianggap “hidangan kebangsaan” ialah nasi lemak.

Beras yang digunakan dalam sajian tradisional ini dimasak dengan santan dan daun pandan, dihidangkan dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal, lalu dibungkus dengan daun pisang.

Walaupun nasi lemak biasanya dimakan untuk sarapan, namun hidangan yang digemari semua kaum di Malaysia ini boleh didapati pada bila-bila masa.

Ketupat. (Foto/IC)

Ketupat. (Foto/IC)

Video

Berita Berkaitan