Perkasa Pembangunan Berkualiti Tenaga Baharu: Xi

(CRI)Jumaat 01 Mac 2024

Pembangunan berkualiti tenaga baharu hendaklah diperkasa bagi menyediakan jaminan kepada modenisasi ala China dan memberi sumbangan lebih besar ke arah membina dunia yang bersih dan indah.

Penekanan itu dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC mengenai teknologi tenaga baharu dan keselamatan tenaga pada Khamis.

Menurut beliau, pembangunan tenaga bersih dan transformasi sosioekonomi ke arah hijau dan rendah karbon menjadi konsensus bersama masyarakat antarabangsa bagi menangani perubahan iklim.

Beliau berkata China yang kaya dengan pelbagai sumber seperti kuasa angin dan fotovolta, mempunyai potensi besar dalam memajukan tenaga baharu.

China mendahului negara lain dalam banyak teknologi tenaga dan pembuatan kelengkapan berkenaan, dan telah mewujudkan sistem bekalan elektrik bersih yang terbesar di dunia.

Automobil tenaga baharu, bateri litium dan produk fotovolta buatan China mempunyai daya saing yang kuat di pasaran antarabangsa.

Selain itu, China sudah mempunyai asas baik untuk pembangunan tenaga baharu, sekali gus menjadi pendorong penting kepada transformasi tenaga serta usaha menangani perubahan iklim di lingkungan sejagat.

Video

Berita Berkaitan