China Terus Perkasa Inovasi dalam Pembangunan

“Daya Produktif Mutu Baharu”, satu ungkapan yang cukup hangat di sektor industri dan ekonomi China baru-baru ini.

Dari perspektif konsepsi, ini merujuk kepada ciri-ciri "berteknologi tinggi, berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi". Inovasi sebagai ciri keistimewaan, kualiti sebagai kunci, produktiviti yang berdaya maju sebagai teras.

Dari segi praktikal, daya tersebut sudah menampakkan perkembangan yang semakin cepat di banyak bandar China.

Shenzhen sudah tampil sebagai hab inovasi teknologi industri yang berpengaruh global. Sekarang, Shenzhen sebagai pengeluar, menyumbang separuh stesen pangkalan komunikasi, 20% alat sokongan hayat, 70% dron gred pengguna dan satu per tujuh telefon pintar di dunia.

Di Hefei, ibu provinsi Anhui pula, terdapat tempat yang dikenali sebagai “Jalan Kuantum”, tempat lahir Mozi, satelit eksperimental sains kuantum yang pertama di dunia, dan komputer kuantum optik pertama di dunia. Tahun-tahun kebelakangan ini, satu lagi industri canggih, industri maklumat aeroangkasa juga rancak berkembang di bandar itu.

Beijing kini giat mengembangkan industri brain–computer interface (BCI). Shanghai pula berusaha menyelidik teknologi Metaverse. Chengdu sudah membina kelengkapan penyelidikan lakuran nuklear yang termaju di dunia.

Dengan pelaksanaan berterusan strategi pembangunan dipacu inovasi, inovasi sudah menjadi tindakan spontan perusahaan China.

Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023 meletakkan China di tangga ke-12 dunia, dengan enam indeks di ranking teratas.

Inisiatif China mempercepat langkah mengembangkan “Daya Produktif Mutu Baharu” membuktikan tekad yang cukup kuat untuk memacu ekonomi dengan inovasi. Ia juga mencerminkan pertimbangan komprehensif China terhadap peluang dan cabaran yang wujud pada zaman sekarang.

Video

Berita Berkaitan