Keluar Masuk Seramai 7.8 Bilion Individu melalui Jalan Raya Semasa Kempen Pengangkutan TBC 2024

(CRI)Khamis 07 Mac 2024

Kempen pengangkutan sempena tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang berlangsung selama 40 hari berakhir pada 5 Mac.

Menurut statistik dari Kementerian Pengangkutan China, pihaknya merekodkan keluar masuk seramai 7.8 bilion individu menerusi jalan raya semasa pelaksanaan kempen tersebut, iaitu satu rekod tertinggi dalam sejarah.

Data berkenaan menunjukkan, perjalanan dengan memandu sendiri menjadi semakin menonjol semasa tempoh perayaan TBC 2024.

Untuk rekod, terdapat kira-kira lapan puluh peratus pengembara yakni 6.7 bilion orang memilih perjalanan memandu sendiri, dan ramai antara mereka adalah bersama dengan rakan dan saudara-mara.

Video

Berita Berkaitan