11 Cadangan, Cermin Hasrat Petani dan Penternak Xinjiang

(CRI)Rabu 20 Mac 2024

Aikeremu Mamat, 33, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan setiausaha Parti Komunis China (PKC) di kampung Sayimaili kaunti Luntai di Wilayah Autonomi Xinjiang, telah mengemukakan 11 cadangan melibatkan pembangunan kampung halamannya semasa berlangsungnya persidangan NPC 2024.

11 cadangan tersebut bukan sahaja melibatkan jaminan hidup rakyat seperti projek pengubahsuaian rumah petani dan penternak tempatan yang berorientasikan penjimatan tenaga, malah merangkumi pembinaan infrastruktur seperti landasan kereta api dan lebuh raya.

Encik Aikeremu, sebagai anak Uygur dan lulusan Universiti Pertanian Xinjiang terpilih menjadi wakil NPC pada 2023. Katanya, sebagai wakil dari peringkat akar ubi di desa, beliau menggalas tugasan yang paling mendesak untuk menyuarakan aspirasi kaum tani dan ternak di peringkat kebangsaan.

Kebanyakan penduduk kampung Saiyimaili yang berpopulasi1,800 orang berasal dari etnik Uygur. Sumber sara hidup mereka bersandarkan kepada tanaman jagung, kapas, pokok buah aprikot dan pir.

Bagaimana meneroka saluran baharu untuk menjana peningkatan pendapatan penduduk sekampung merupakan satu soalan yang selalu dipertimbangkan oleh Aikeremu. Kini, selain menanam pokok buah-buahan, penduduk kampung juga mula memelihara "ayam Heiyao", di samping menanam sayur-sayuran di rumah hijau yang dibina di tanah yang terbiar.

Menyentuh tentang perkembangan pada masa depan, Aikeremu sudah mempunyai visi tersendiri untuk mengembangkan pelancongan kekampungan sebaik saja jalan raya ke padang rumput Bayanbulak yang terkenal sebagai satu tapak peranginan siap dibina menjelang 2026, dan yakin industri pelancongan boleh membawa limpahan rezeki kepada penduduk tempatan.

Video

Berita Berkaitan