China Kemaskini Persiapan untuk Anggotai CPTPP

(CRI)Jumaat 22 Mac 2024

Kemenerian Perdagangan China mengadakan sidang media pada Khamis untuk memperkenalkan kemajuan terkini dalam persiapan China untuk menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong menyatakan bahawa sejak mengemukakan permohonan berkenaan, China telah menjalankan komunikasi dan rundingan dengan pelbagai anggota CPTPP menurut prosedur keanggotaan, mengadakan pengajian dan penilaian yang sepenuhnya, komprehensif dan mendalam mengenai kandungan CPTPP, dengan aktif menjalankan kerja penyusunan semula terhadap dasar terbabit dan pindaan undang-undang yang berkenaan agar menjadikannya selaras dengan peraturan CPIPP, dan mengemaskini persiapan tentang pembidaan akses pasaran dalam bidang perdagangan kargo, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.

He berkata, China sama sekali berkeyakinan dan berkemampuan mencapai standard tinggi yang ditetapkan CPIPP, dan sudah membuahkan hasil yang baik dalam tindakan pantas yang menyelaraskan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan yang berspesifikasi tinggi di arena antarabangsa, serta pembaharuan dan pelaksanaan projek pilot dalam bidang berkenaan.

"Untuk langkah seterusnya dalam persiapan menganggotai CPTPP, China yang bersikap ikhlas akan mengekalkan komunikasi dan pertukaran dengan pelbagai negara anggota CPTPP berdasarkan prosedur yang berkaitan di pelbagai peringkat dan saluran," ujar He,

Video

Berita Berkaitan