China Kutuk Keras Serangan Pengganas di Moscow

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow pada malam Jumaat yang menyebabkan kematian dan kecederaan teruk.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) menerusi satu kenyataan berkata China amat terkejut dengan insiden tragis itu, dan menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

China menentang sebarang bentuk keganasan, dan akan terus berdiri teguh dalam menyokong usaha Rusia memelihara keselamatan dan kestabilan negara.

Video

Berita Berkaitan