China Bantu Mongolia Bina Pintu Sempadan di Zamyn Uud

(CRI)Isnin 25 Mac 2024

Majlis pembukaan pintu sempadan Zamyn Uud telah diadakan di Mongolia semalam, diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Mongolia, Oyun Erdene dan Duta Besar China ke Mongolia, Shen Minjuan.

Oyun Erdene mengucapkan terima kasih kepada China yang menghulur bantuan dalam pembinaan infrastruktur pintu sempadan Monglia di sebalik penularan wabak COVID-19. Projek tersebut dijangka dapat membantu Monglia meningkatkan kemampuan pelepasan kastam sebanyak empat kali ganda baik dalam bidang penghantaran penumpang mahupun kargo, melengkapkan objektif Monglia dalam pelaksanaan "dasar pembangunan pintu sempadan", sekali gus mengoptimumkan peranan pintu sempadan Zamyn Uud sebagai hab perdagangan luar.

Sementara itu, Shen Minjuan berkata, China bersedia memanfaatkan momentum ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik, ulang tahun ke-30 perjanjian persahabatan, dan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Mongolia, menumpu pada pembentukan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara, membangunkan platform kerjasama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi negara masing-masing yang berorientasikan pembangunan, di samping berganding bahu dengan Mongolia memberi sumbangan di persada baharu Asia.

Video

Berita Berkaitan