Hospital Al Shifa Dimusnahkan Serangan Tentera Israel

(CRI)Rabu 03 April 2024

Serangan tentera Israel terhadap hospital Al Shifa dalam tempoh dua minggu lepas telah memusnahkan hospital yang terbesar di kawasan Gaza itu.

Demikian dinyatakan jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Harris pada Selasa.

Beliau berkata, kompleks perubatan besar peringkat tiga itu, yang mempunyai 750 katil, 25 unit pembedahan dan 30 bilik ICU, mampu memberikan perkhidmatan perubatan yang baik kepada pesakit.

Walau bagaimanapun, menurut Harris, serangan Israel dalam dua minggu lepas telah memusnahkan "teras" sistem perubatan di Gaza itu. Sekurang-kurang 21 pesakit terbunuh dalam serangan.

Video

Berita Berkaitan