Xi Jinping Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Presiden Baharu Malta

(CRI)Jumaat 05 April 2024

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Myriam Spiteri Debono yang memegang jawatan Presiden Malta, pada Khamis.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan, sejak penjalinan ikatan diplomatik China-Malta pada 52 tahun lalu, kedua-dua negara ini saling menghormati, melayan secara sama rata dan saling menyokong dalam isu-isu yang berkait rapat dengan kepentingan teras kedua-dua negara. Dalam pada itu, kerjasama kedua-dua negara membuahkah hasil yang menggalakkan dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan, kebudayaan dan pendidikan, perubatan dan lain-lain.

Xi berkata, beliau amat mementingkan hubungan dengan Malta, dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden baharu Malta untuk memperkukuh persahabatan tradisional, mempergiat kerjasama pragmatik, mendorong hubungan kedua-dua negara terus berkembang maju dan memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video