Tindakan Pencerobohan Filipina Takkan Berjaya

(CRI)Ahad 07 April 2024

Pengawal Pantai China (CCG) berkata bahawa Filipina mengatur beberapa kapal menjalankan kegiatan haram di kawasan perairan Houteng Jiao, Kepulauan Nansha China, pada Khamis.

Jurucakap CCG, Gan Yu berkata pihaknya mengambil tindakan ke atas kapal-kapal Filipina itu menurut undang-undang dan langkahnya adalah munasabah dan profesional.

Beliau berkata, China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya termasuk Houteng Jiao.

“Kapal pihak berkuasa Filipina menceroboh masuk dan menjalankan provokasi di kawasan perairan China dengan alasan ‘’membela kapal nelayannya”, mengaturkan media sengaja menggembar-gemburkan perkara ini dan mengelirukan orang awam, serta menjejaskan kesabilan di Laut China Selatan," kata Gan Yu.

Beliau menegaskan bahawa CCG akan menjalankan kerja rutin penguatkuasaan di kawasan perairan milik China, dan dengan tegas memelihara kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara ini.

Video

Berita Berkaitan