China, Rusia Setuju Kekalkan Pertukaran Pastikan Hubungan Kembang Lancar

(CRI)Rabu 10 April 2024
China, Rusia Setuju Kekalkan Pertukaran Pastikan Hubungan Kembang Lancar

"Presiden Putin dan saya bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil."

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika ditemui Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Selasa.

Xi meminta Lavrov menyampaikan salam ikhlas kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.

"Tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Rusia. Kedua-dua negara ini dengan usaha sama telah meneroka satu laluan yang serba baharu tentang hidup bersama antara negara kuasa besar dan negara jiran dalam suasana yang harmoni dan kerjasama demi manfaat rakyat, dan juga menyumbang kepada kesaksamaan dan keadilan antarabangsa dengan kebijaksanaan dan tenaga yang tersendiri," kata Xi.

"Kedua-dua pihak akan mengambil peluang ketika meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dan Tahun Kebudayaan China-Rusia untuk melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang dicapai oleh Presiden Putin dan saya," ujar Xi.

Xi menekankan bahawa China menyokong rakyat Rusia melakukan pembangunan mengikuti jalan yang bersesuaian dengan ekosistem negaranya, menyokong usaha Rusia memerangi keganasan dan memelihara keselamatan dan kestabilan sosial. China sentiasa amat mementingkan hubungan dengan Rusia, bersedia mengeratkan komunikasi dua hala yang erat dengan Rusia di samping meningkatkan koordinasi strategik dalam kerangka BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.

Beliau menambah bahawa kedua-dua negara dikehendaki memikul lebih banyak tanggungjawab, menyemarakkan semangat saksama, terbuka, telus dan inklusif untuk bersolidariti dengan negara-negara di Selatan Global, menggalakkan pembaharuan terhadap sistem tadbir urus global, dan tampil menerajui pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Lavrov pula berkata, memperkukuh dan meningkatkan hubungan dengan China secara menyeluruh sudah dijadikan satu keutamaan dalam dasar luar Rusia, dan terpilihnya Putin sebagai Presiden Rusia sekali lagi kondusif bagi menjamin kesinambungan diplomasi negaranya melibatkan China.

Beliau menambah bahawa Rusia ikrar bertindak pantas melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merancakkan koordinasi dua hala dan pelbagai hala, dan bersolidariti dengan negara-negara lain di Selatan Global untuk meningkatkan ikatan kerjasama supaya dapat menyumbang kepada order antarabangsa yang lebih saksama dan adil.

Video

Berita Berkaitan