AS Jual Peralatan Tentera Bernilai AS$138 juta kepada Ukraine

(CRI)Rabu 10 April 2024

Amerika Syarikat (AS) akan menjual peralatan tentera bernilai AS$138 juta (RM655.2 juta) kepada Ukraine, menurut laporan Reuters pada Selasa.

Memetik seorang pegawai Jabatan Negara AS, bekalan itu bertujuan menyelenggara dan menaik taraf sistem pertahanan udara Hawk bagi membantu Ukraine mempertahankan diri daripada serangan dron dan peluru berpandu krus.

Namun, laporan berkenaan tidak menyebut butiran lanjut mengenai pakej baharu bekalan peralatan tentera itu.

Video

Berita Berkaitan