China Hasilkan Syiling Memperingati 40 Tahun Ekspedisi Kutub

China Hasilkan Syiling Memperingati 40 Tahun Ekspedisi Kutub
Bahagian hadapan syiling emas peringatan 8 gram memaparkan lambang negara, nama negara dan tahun pengeluaran China.

Bank Pusat Republik Rakyat China, iaitu Bank Rakyat China (PBOC) mengeluarkan satu set syiling kenang-kenangan pada 17 April sempena memperingati ulang tahun ke-40 bagi ekspedisi saintifik kutub China yang pertama.

Menurut laman sesawang PBOC, set tersebut akan meliputi satu syiling emas dan perak, yang kedua-duanya berbentuk bulat serta sah digunakan di China.

Difahamkan, bahagian hadapan syiling memaparkan lambang negara, nama negara dan tahun pengeluaran, manakala bahagian belakang pula menunjukkan gambar penguin dan pemecah ais kutub China iaitu Xuelong.

Selain itu, ia juga mempunyai gabungan imej menggambarkan peta separa Antartika dengan titik-titik yang menunjukkan lokasi lima stesen penyelidikan Antartika China, pesawat sayap tetap untuk penerbangan kutub dan karakter Cina yang bermaksud "Ulang Tahun ke-40 Ekspedisi Kutub Pertama China, " serta denominasi syiling itu.

Bagi syiling emas, ia akan mempunyai nilai muka 100 yuan ($13) dengan tempaan maksimum 10,000 keping. Syiling yang berukuran 22 milimeter diameter itu juga akan mengandungi 8 gram emas tulen.

Untuk syiling perak pula, ia akan mempunyai diameter 40 milimeter dan nilai muka 10 yuan, selain akan mengandungi 30 gram perak tulen, dengan tempaan maksimum sebanyak 50,000 keping.

Video

Berita Berkaitan