Xi Turun Padang Tinjau di Bandar Chongqing

(CRI)Selasa 23 April 2024
Xi Turun Padang Tinjau di Bandar Chongqing

Presiden China, Xi Jinping turun padang meninjau di bandar Chongqing seperti lazimnya pada 22 dan 23 April.

Beliau terlebih dahulu melawat Taman Hab Logistik Antarabangsa Chongqing dan mendengar penerangan tentang pembinaan Koridor Darat-Laut Baharu di bahagian barat negara ini, seterusnya menziarahi Komuniti Kampung Minzhu di Jalan Xiejiawan daerah Jiulongpo dan mengikuti sesi taklimat berhubung pelaksanaan dasar pembaharuan perbandaran dan peningkatan jaminan hidup rakyat, dan akhirnya meninjau Pusat Operasi dan Tadbir Urus Bandar Digital Chongqing dan diberi penerangan tentang peningkatan tahap pemodenan dalam tadbir urus perbandaran setempat.

Video

Berita Berkaitan