Pembaca di China Temui Minat Baharu, Baca Karya Ilmiah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 23 April 2024

Seorang wanita melawat Pesta Buku Beijing 2024 di Beijing, ibu negara China, 11 Januari 2024. (Xinhua/Ju Huanzong))

Seorang wanita melawat Pesta Buku Beijing 2024 di Beijing, ibu negara China, 11 Januari 2024. (Xinhua/Ju Huanzong)

Di Douyin, platform perkongsian video paling popular di China, program yang memfokuskan tentang penerokaan buku sains utama telah mendapat jutaan tontonan dan menarik hampir 90,000 penonton setia dalam masa dua tahun sahaja.

Setiap minggu, saintis dan cendekiawan terkemuka dijemput hadir ke program itu untuk berkongsi pandangan masing-masing tentang buku sains, merangkumi daripada "Elemen" oleh Euclid, sehingga ke "On the Origin of Species" oleh Darwin dan "A Brief History of Time" oleh Hawking.

Perancang program, Wu Guosheng berkata bahawa matlamatnya hanya untuk menyemarakkan minat orang ramai terhadap sains serta memupuk penglibatan kedua-dua saintis dan orang ramai.

Pada masa lalu, orang China lebih mengutamakan karya klasik berbanding karya ilmiah dan ia berbeza dengan masa kini apabila minat dilihat semakin meningkat terhadap karya ilmiah.

Trend yang sama juga terbukti dalam populariti buku kanak-kanak, yang menyumbang terhadap sebahagian terbesar dalam pasaran buku domestik. Sejak 2021, jualan buku sains untuk pembaca muda telah mengatasi kesusasteraan kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak membaca buku di kedai buku di Nanjing, Wilayah Jiangsu, timur China, 8 Julai 2023. Pelajar di seluruh negara menikmati pelbagai aktiviti semasa cuti musim panas. (Xinhua/Su Yang)

Seorang kanak-kanak membaca buku di kedai buku di Nanjing, provinsi Jiangsu, timur China, 8 Julai 2023. Pelajar di seluruh negara menikmati pelbagai aktiviti semasa cuti musim panas. (Xinhua/Su Yang)

Ahli Institut Penyelidikan Sains Popularisasi China, Wang Dapeng berpendapat bahawa trend yang meningkat itu sebahagiannya disebabkan oleh hakikat bahawa semakin ramai pakar bersedia untuk berkongsi pengetahuan mereka melalui buku.

Timbalan ketua pengarang World Publishing Company, Xu Guoqiang pula berkata, populariti kesusasteraan sains juga sedang dirangsang oleh perkembangan pesat teknologi sains China.

Prob penyelidikan Marikh dilancarkan pada roket Long March-5 dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Wilayah Hainan, selatan China, 23 Julai 2020. (Xinhua/Guo Cheng)

Prob penyelidikan Marikh dilancarkan pada roket Long March-5 dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China, 23 Julai 2020. (Xinhua/Guo Cheng)

“Kemajuan terkini dalam bioperubatan, aeroangkasa, astronomi, kecerdasan buatan dan teknologi maklumat telah mencetuskan gelombang keghairahan orang ramai terhadap sains, serta menyuntik tenaga baharu ke dalam penerbitan dan pemasaran buku sains,” katanya.

Data terkini menunjukkan bahawa 14.1 peratus rakyat China celik saintifik pada 2023, dan China menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 25 peratus menjelang 2035.

"Pempopularan sains adalah kaedah penting untuk meningkatkan kadar celik sains dalam kalangan rakyat, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran sains popular," kata Xu.

Video

Berita Berkaitan