Pesta Perahu Naga: Aliran Penumpang Kereta Api Dijangka Cecah 15.9 Juta

(CRI)Isnin 10 Jun 2024

Jumlah hantaran penumpang melalui perkhidmatan kereta api di seluruh negara dijangka mencatat 15.9 juta sempena Pesta Duanwu atau lebih dikenali sebagai Pesta Perahu Naga yang disambut pada hari ini.

Menurut China Railway, sebanyak 1,071 kali perkhidmatan kereta api akan ditambah sempena perayaan tradisional ini.

Untuk rekod, perkhidmatan rel turut menyaksikan aliran penumpang seramai 12.491 juta pada Ahad.

Video

Berita Berkaitan