China, ASEAN Mudahkan Mobiliti Keanggotaan

(CRI)Selasa 10 September 2024

Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Imigresen Negara China pada Isnin menunjukkan, jumlah pengembara China ke negara-negara ASEAN yang kebanyakannya untuk melancong dan mengunjungi saudara mara menyaksikan peningkatan sebanyak 105.2 peratus tahun ke tahun dengan mencatat 16.2 juta orang dalam lapan bulan pertama tahun ini. Manakala, jumlah pengembara dari negara-negara ASEAN ke Tanah Besar China yang kebanyakannya untuk melancong, menyertai persidangan dan menjalankan perniagaan menyaksikan peningkatan sebanyak 113.1 peratus tahun ke tahun dengan mencatat 9.69 juta orang.

Demikian maklumat dari Seminar Peringkat Tinggi ASEAN dan China-Jepun-Republik Korea (ROK) mengenai Dasar Pengurusan Migrasi yang diadakan di Suzhou pada Isnin.

ASEAN, China, Jepun dan ROK yang merupakan rakan ekonomi dan perdagangan yang penting antara satu sama lain, mempunyai rantaian perindustrian dan bekalan yang semakin kukuh, serta mobiliti keanggotaan yang semakin mudah.

Untuk rekod, jumlah pengembara Jepun yang memasuki Tanah Besar China yang kebanyakannya untuk menyertai persidangan, menjalankan perniagaan, melancong dan mengunjungi saudara mara menyaksikan peningkatan sebanyak 123 peratus tahun ke tahun dengan mencatat 680,000 orang dalam lapan bulan pertama tahun ini; manakala, jumlah pengembara China yang menuju ke ROK yang kebanyakannya untuk melancong dan mengunjungi saudara mara menyaksikan peningkatan sebanyak 173.1 peratus tahun ke tahun dengan mencatat 3.5 juta orang dan jumlah pengembara ROK yang memasuki Tanah Besar China yang kebanyakannya untuk menyertai persidangan, menjalankan perniagaan dan melancong menyaksikan peningkatan sebanyak 142.1 peratus tahun ke tahun dengan mencatat 1.58 juta orang.

Mobiliti keanggotaan rentas sempadan yang semakin mudah berfaedah bagi meningkatkan lagi kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta menyuntik momentum ke dalam pembangunan sosioekonomi pelbagai negara rantau ini.

Video

Berita Berkaitan