Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA

(CRI)Khamis 06 Jun 2024

Naib Menteri Luar China Sun Weidong bakal mengetuai delegasi ke Laos untuk menghadiri siri mesyuarat pegawai kanan mengenai kerjasama Asia Timur.

Laos selaku pengerusi bergilir ASEAN dijadual menganjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan, Mesyuarat Pegawai Kanan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Forum Serantau ASEAN (ARF) di Vientiane bermula 7 hingga 8 Jun.

Menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Mao Ning, mesyuarat berkenaan akan memfokuskan tema 'ASEAN: Perkukuh Kesalinghubungan dan Daya Ketahanan' dengan perbincangan berkisar kepada hala tuju kerjasama serantau serta pemerkasaan kolaborasi menerusi pelbagai mekanisme dalam situasi semasa.

Selain mengimbas pencapaian diraih dalam kerjasama Asia Timur, para peserta juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama sebagai persediaan untuk mesyuarat pemimpin dan mesyuarat menteri luar berhubung kerjasama Asia Timur tahun ini.

Mao berkata China berharap dapat mengadakan komunikasi secara mendalam dengan semua pihak terlibat dan mendorong kerjasama Asia Timur terus melakar kemajuan baharu sekali gus membuat sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

Video

Berita Berkaitan