ODI China Kekal Berada di Tiga Tangga Teratas dalam Ranking Dunia

(CRI)Rabu 25 September 2024

Pelaburan Langsung di Luar Pesisir (ODI) China kekal berada di tiga tangga teratas dalam ranking dunia.

Demikian didedahkan dalam satu pengumuman statistik yang dikeluarkan bersama Kementerian Perdagangan China, Biro Statistik Negara China dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China di sini pada Selasa.

Tahun 2023 menyaksikan peningkatan ODI China sebanyak 8.7 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada USD177.29 bilion (RM731.58 bilion) dan keberadaannya di tangga ketiga teratas dalam ranking dunia selama 12 tahun berturut-turut.

Sementara itu, nisbahnya dalam keseluruhan global mencecah 11.4 peratus, meningkat 0.5 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya, dan berada di paras 10% ke atas untuk 8 tahun berturut-turut.

Pada penghujung tahun 2023, stok FDI China mencecah USD2.96 trilion(RM12.2 trilion) yang berada di tangga ketiga teratas di dunia selama tujuh tahun berturut-turut. 

Perusahaan China yang ditubuhkan di luar negara melibatkan 80 peratus negara dan wilayah di dunia pada masa ini. Setakat hujung tahun 2023, pelabur China menubuhkan 48,000 perusahaan di 189 negara dan wilayah, termasuk 17,000 perusahaan di negara-negara yang terlibat dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI).

Pada tahun yang sama, FDI China dilabur ke 18 sektor ekonomi nasional. Pelaburan ke sektor pajakan dan perkhidmatan perniagaan, jualan secara borong dan runcit, pembuatan dan kewangan merupakan 80 peratus jumlah pelaburan sepanjang tahun. Pelaburan dalam bidang pembinaan, penghantaran maklumat/perisian dan perkhidmatan teknologi maklumat menyaksikan peningkatan yang pesat dengan kadar pertumbuhan masing-masing mencatat 97.2 peratus dan 34.9 peratus.

Selain itu, China juga menyaksikan peningkatan pesat dalam pelaburan di Asia dan Afrika, dan FDI di negara-negara yang terlibat dalam BRI pula meningkat 30 peratus.

Pada 2023, hampir 80 peratus FDI China dilabur ke Asia, menyaksikan peningkatan sebanyak 13.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, antaranya USD25.12 bilion(RM103.98 bilion)dilabur ke ASEAN, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 34.7 peratus. Pelaburan di Afrika pula menokok USD3.96 bilion(RM 16.34 bilion), iaitu 2.2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2023, FDI China di negara-negara yang terlibat dalam BRI mencecah USD40.71 bilion(RM 167.98 bilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 31.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sumbangan China kepada ekonomi global juga semakin meningkat. Pada 2023, pelaburan asing memacu import dan eksport barangan China meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada USD273.1 bilion(RM1126.94 bilion) yang menyumbang 4.6 peratus dalam jumlah nilai import dan eksport barangan China dalam tempoh yang sama. Perusahaan asing memperoleh pendapatan penjualan sebanyak USD3.5 trilion(RM14.44 trilion) dan membayar cukai sebanyak USD75.3 bilion(RM 310.72 bilion) ke jabatan tempatan berkenaan. Jumlah pekerja perusahaan asing mencatat hampir 4.3 juta orang pada hujung tahun 2023, enam puluh peratus antara mereka adalah pekerja warga asing.

Video

Berita Berkaitan