Xi: Contohi Pahlawan dan Suri Teladan, Realisasi Visi Bina Negara Kuat (2)

(CRI)Ahad 29 September 2024
Xi: Contohi Pahlawan dan Suri Teladan, Realisasi Visi Bina Negara Kuat

Majlis penganugerahan pingat dan gelaran kehormat negara dilangsungkan dalam suasana penuh hormat dan takzim di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pagi Ahad.

Presiden Xi Jinping menganugerahkan Pingat Republik, Pingat Persahabatan dan pingat gelaran kehormat negara kepada tokoh-tokoh berkenaan serta menyampaikan ucapan pada majlis itu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata China kini berada pada fasa kritikal perjuangan membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi bercirikan sendiri.

Seluruh Parti serta rakyat pelbagai etnik harus mencontohi pahlawan dan suri teladan, kekal bersatu padu dan bersolidariti untuk mara ke hadapan serta menggembleng tenaga ke arah merealisasikan visi pembinaan negara yang kuat.

Sepanjang 75 tahun lalu, terdapat ramai kawan lama dan sahabat baik di dunia yang mempunyai cita-cita yang sama serta berkongsi susah senang dengan rakyat China.

Xi menyatakan rakyat China tidak akan melupakan rakan-rakan antarabangsa yang memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan China dan pengukuhan persahabatan antara rakyat China dan negara lain.

Beliau turut menambah rakyat China sedia bersama rakyat negara lain untuk menjaga keamanan dunia, menggalakkan pembangunan bersama, memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan melakar masa depan yang lebih cemerlang buat umat manusia.

Video

Berita Berkaitan