- Lain-lain
NRTA Bakal Anjur Konvensyen, Sasar Pupuk Kreativiti Dalam Industri Penyiaran dan TV
Pentabiran Televisyen dan Radio Kebangsaan (NRTA) China akan menganjurkan satu konvensyen selama tiga hari mulai 11 Oktober, dengan tujuan untuk memupuk kreativiti industri penyiaran dan televisyen tempatan, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, acara yang pertama kali seumpanya itu akan memfokuskan untuk mempromosi kreativiti dalam industri tersebut, dan tidak terhad kepada drama TV, siri laman sesawang atau filem dalam talian sahaja, malah akan meliputi berita, dokumentari, animasi dan drama mikro.
Menurut NRTA, konvensyen tersebut itu akan menjadi platform komprehensif untuk bertukar-tukar pendapat, memupuk bakat dan menggalakkan kolaborasi industri.
Di samping 12 forum sisipan yang membincangkan topik khusus dan meneroka kualiti pembangunan industri, satu forum utama juga akan berlangsung dengan fokus untuk menambah baik kualiti dan capaian hasil kandungan televisyen dan penyiaran.
Lapor Xinhua, China telah menyaksikan pertumbuhan memberansangkan dalam industri penyiaran, televisyen dan perkhidmatan audio-visual dalam talian, dengan jumlah hasil untuk separuh pertama 2024 mencecah RMB668.3 (sekitar AS$95.3 bilion), iaitu kenaikan 7 peratus dari tahun ke tahun.