Netizen di China Cecah 1.079 Bilion

(CRI)Selasa 29 Ogos 2023

Jumlah netizen di China mencecah 1.079 bilion setakat Jun lalu, bertambah 11.09 juta berbanding Disember 2022.

Angka itu bersamaan 76.4 peratus populasi negara ini yang mempunyai akses internet, menurut Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC).

Laporan CNNIC turut menunjukkan, jumlah nama domain, pengguna aktif Protokol Internet versi 6 (IPv6) dan stesen pangkalan telefon bimbit di China masing-masing mencatat 30.24 juta, 767 juta dan 11.29 juta setakat Jun 2023.

Dalam pada itu, sebanyak 2.6 juta aplikasi aktif beroperasi dalam pasaran internet domestik yang meliputi pendidikan, pekerjaan dan kehidupan harian netizen.

Video

Berita Berkaitan