Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Tumpu Pembangunan Pendigitalan

(CRI)Jumaat 07 Julai 2023

Bertemakan "Data Drives Development, Intellegence Leads the future", forum utama Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 dirasmikan di sini, pada Rabu.

Ia menyediakan platform kepada para peserta dari dalam dan luar China untuk bertukar-tukar pendapat dan menggembleng tenaga demi mendorong inovasi dan kerjasama antarabangsa serta menyumbang kepada pembinaan paradigma pembangunan ekonomi digital global yang baharu.

Ketua Setiausaha Jawatankuasa Bandar Lhasa Parti Komunis China, Phurbu Dondrup menyatakan bandar ibu kota wilayah Tibet itu mahu memperkasakan keterlibatannya dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pembangunan pengkomputeran di wilayah barat China.

Beliau berkata, Lhasa juga mahu mempercepat perkembangan pendigitalan dan penghijauan sebagai projek rintis, di samping membina zon e-dagang rentas sempadan.

Untuk rekod, Lhasa berjaya mencuri tumpuan masyarakat antarabangsa dengan perkembangan yang baik dan dinamik dalam bidang pendigitalan.

Ketua Jabatan Komunikasi Maklumat dan Pembanguan Media Singapura (IMDA), Lew Chuen Hong dalam ucapannya menyatakan bahawa hubungan baik Singapura dan China menyediakan asas dalam usaha meningkatkan kerjasama untuk bidang-bidang yang maju.

"Diharapkan kedua-dua negara dapat mengambil kesempatan pendigitalan untuk menggalakkan lagi kerjasama dua hala," ujarnya.

Dalam sesi dialog kerjasama antarabangsa dalam ekonomi digital, Ketua Akademi Ekonomi Digital Asia (AADE) Chen Bohui, Naib Presiden Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia dalam Teknologi Canggih (MIGHT) Raslan Ahmed yang turut berkongsi pandangan masing-masing berkaitan teknologi perisian asas, kerjasama antarabangsa, dan penggabungan industri.

Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat itu berobjektif untuk membina platform komunikasi dan kerjasama peringkat tinggi antarabangsa bagi membentuk situasi ekonomi digital global yang seimbang, inovatif, inklusif, saling untung dan makmur bersama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan