Xi Gesa Koperasi Bekalan dan Pemasaran Wujudkan Pembangunan Berkualiti Tinggi

(CRI)Khamis 28 November 2024

Presiden China Xi Jinping menggesa koperasi bekalan dan pemasaran terus memainkan peranan sebagai jambatan untuk Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan untuk mengekalkan hubungan rapat dengan petani, dan memberikan sumbangan baharu dalam memacu pembangunan kawasan luar bandar dan membangunkan China sebagai negara yang kuat dalam sektor pertanian.

Xi yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat gesaan itu dalam satu arahan penting sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Persekutuan Koperasi Bekalan dan Pemasaran Seluruh China.

Video

Berita Berkaitan