Tinjauan CGTN: Diplomasi China Suntik Kestabilan Buat Dunia

(CRI)Jumaat 29 November 2024

Diplomasi bercirikan China mendapat sanjungan daripada responden negara-negara di dunia. Mereka turut menganggap negara Tembok Besar memainkan peranan positif bagi mewujudkan order antarabangsa yang lebih adil dan munasabah.

Demikian menurut hasil tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dalam tempoh dua tahun lalu.

Dalam pada itu, 82.5 peratus responden berpendapat visi komuniti berkongsi nasib sesama insan menyuntik momentum berkekalan untuk mencipta masa depan lebih indah buat umat manusia.

Sebanyak 84.5 peratus responden bersetuju dengan konsep teras Inisiatif Pembangunan Global (GDI) sambil menyifatkannya sebagai pendekatan untuk merungkai masalah global dan merealisasikan kesejahteraan manusia.

Di samping itu, 83.5 peratus responden menyanjung dasar luar bebas dan damai yang diamalkan China.

Hasil tinjauan turut menunjukkan 87.2 peratus responden menganggap pengaruh China di peringkat antarabangsa meningkat dengan ketara.

Sebanyak 65.3 peratus responden pula berpendapat penglibatan China secara aktif dalam tadbir urus global menyuntik lebih banyak kepastian dan kestabilan untuk masyarakat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan