- Lain-lain
China Beri Sumbangan Kepada Tadbir Urus Hak Cikta Harta Intelek Global
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 China bagi penyertaannya ke dalam Perjanjian Kerjasama Paten (PCT).
Mengimbau kembali tiga dekad yang lalu, jumlah permohonan paten China menerusi PCT adalah hanya sebanyak 98. Menjelang 2023, angka itu berkembang kepada hampir 70,000, seterusnya mengungguli ranking dunia untuk limat tahun berturut-turut.
Dalam tempoh tiga dekad lalu, China muncul sebagai pemohon paten terbesar di dunia dan kini semakin maju ke arah menjadi gergasi harta intelek, serta menjadi pemain utama dalam landskap inovasi global.
Foto tayar penjelajah lunar semasa pameran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai, timur China pada 6 November 2024. (People’s Daily Online/Tang Ke)
Satu siri data yang cemerlang telah mencerminkan daya hidup ekosistem inovasi China. Petunjuk Indikator Harta Intelek Dunia 2024 oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), penginovasi di China telah memohon sejumlah 1.64 juta paten seluruh dunia pada 2023, iaitu jauh melebihi negara dan wilayah lain.
Pada 2024, China menduduki tangga kesebelas, iaitu naik satu anak tangga dalam ranking ekonomi paling inovatif dunia, sekali gus menjadi satu-satunya ekonomi pendapatan sederhana di dalam 30 teratas.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, momentum ekonomi digital dan hijau China dilihat semakin mengukuh, dengan teknologi termaju memupuk industri, model dan pemacu pertumbuhan baharu secara berterusan.
Menurut Pentadbiran Harta Intelek Kebangsaan China (CNIPA), angka paten yang diluluskan di dalam industri ekonomi digital teras China direkodkan sebanyak 406,000, iaitu peningkatan 21.2 peratus dari tahun ke tahun, serta mencakupi 44.1 peratus daripada jumlah keseluruhan paten yang diluluskan di dalam negara.
Setakat penghujung tahun lalu, China telah mempunyai 243,000 paten rendah karbon dan hijau yang saya.
Penyelidik di Akademi Sains dan Teknologi untuk Pembangunan China, Ding Minglei berkata bahawa perlindungan harta intelek China semakin meningkat maju.
Beliau berpendapat bahawa kedudukan China sebagai pendahulu secara tidak langsung mencerminkan daya saing dan pengaruh kuatnya terhadap inovasi teknologi global.
Seorang petugas sedang menguji radas di sebuah makmal di Syarikat Teknologi Anhui Duobang Honing, di Ma’anshan, Provinsi Anhui, timur China. (Foto/Wang Wensheng)
Semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh baru-baru ini, banyak teknologi dan produk baharu ditemui orang ramai buat kali pertama, menunjukkan daya tarikan teknologi termaju. Antara pameran yang menonjol ialah kasut berkuasa pintar pertama di dunia yang membolehkan pemakai berjalan pada kelajuan larian, tayar tanpa udara untuk pengembara bulan yang boleh menahan keadaan bulan yang sangat teruk, dan mesin pembersih pegang tangan boleh lipat.
Semasa CIIE ketujuh, Biro Kehakiman Perbandaran Shanghai menerajui penubuhan pusat perkhidmatan undang-undang berkaitan asing dan pasukan sukarelawan perkhidmatan undang-undang, menyediakan perkhidmatan perundingan undang-undang sehenti kepada peserta pameran global daripada penguatkuasaan undang-undang pentadbiran harta intelek, perlindungan hak harta intelek, dan penyelesaian pertikaian.
Ding berkata bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil dan telus untuk pelabur asing dengan menambah baik undang-undang dan peraturan, serta mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan kehakiman.
Jelasnya, kesemua langkah itu telah berkesan mengurangkan kos yang ditanggung oleh pemindahan teknologi untuk pelabur asing, meningkatkan jangkaan keuntungan pasaran, selain menggalakkan aliran masuk pelaburan asing berkualiti tinggi yang berterusan.
Untuk rekod, setakat Jun, bilangan paten ciptaan berkesan yang dimiliki oleh pemohon asing dan pendaftaran tanda dagangan yang sah oleh permohonan asing di China masing-masing mencecah 919,000 dan 2.135 juta.
Foto memperlihatkan kasut berkuasa pintar pertama di dunia yang membolehkan pemakai berjalan pada kelajuan larian semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai, timur China pada 8 November 2024. (Foto/Wang Chu)
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China aktif mempromosi kerjasama antarabangsanya dalam hak harta intelek. Difahamkan, ia menjalinkan kerjasama yang stabil dengan lebih 80 negara dan wilayah, dengan lebih 200 perjanjian kerjasama harta intelek sedang dilaksanakan.
Kerjasama harta intelek dalam rangka kerja pelbagai hala seperti mekanisme kerjasama China-Asia Tengah, mekanisme kerjasama China-ASEAN, BRICS, mekanisme kerjasama China-Mongolia-Rusia, mekanisme kerjasama China-Afrika, dan mekanisme kerjasama China-Amerika Latin juga telah mencapai kemajuan yang ketara.
China turut mengambil bahagian secara aktif dalam rundingan dan perbincangan di Perhimpunan WIPO dan jawatankuasa profesional untuk menambah baik peraturan harta intelek antarabangsa.
Pada Mei lalu, China memuktamadkan Perjanjian WIPO mengenai Harta Intelek, Sumber Genetik dan Pengetahuan Tradisional Berkaitan yang telah melalui rundingan selama 25 tahun, sekali gus menyaksikan satu lagi kejayaan bersejarah tercapai.
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?