Malaysia-China Youth Leadership Camp 2024 Kukuhkan Hubungan Belia Dua Negara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 02 Disember 2024

Malaysia-China Youth Leadership Camp Diadakan di Xi'an, provinsi Shaanxi. (Foto ihsan Kedutaan Malaysia di China)

Malaysia-China Youth Leadership Camp Diadakan di Xi'an, provinsi Shaanxi. (Foto ihsan Kedutaan Malaysia di China)

Kedutaan Besar Malaysia di China menerusi Pejabat Education Malaysia Beijing (EMB), dengan kerjasama Konsulat General Malaysia di Xi'an, Xi'an International University (XAIU), dan Lianhu Honglu Cultural Exchange Centre (LHCEC), telah menganjurkan Malaysia-China Youth Leadership Camp di Xi'an, sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China. 

Program selama tiga hari bertemakan “Vibrant Youth, Setting Sail and Heading to the Future” ini menghimpunkan lebih 30 mahasiswa Malaysia dari 16 persatuan mahasiswa Malaysia di China bersama 30 mahasiswa China dari Xi'an.

Aktiviti seperti Diplomatic Talk, persembahan budaya, lawatan pendidikan, dan pembentangan kumpulan dirancang untuk memupuk interaksi, persahabatan, serta penghargaan nilai sejarah dan budaya kedua-dua negara.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di China, Norfarina Mohd Azmee, dalam ucapannya pada majlis penutup turut menekankan pentingnya membentuk bakat masa depan berteraskan kecemerlangan akademik, nilai intelek, dan kreativiti.

Program ini turut menampilkan ceramah khas oleh Dr. Wang Da dari China Foreign Affairs University bertajuk “Fifty Golden Years of Malaysia-China Diplomatic Relations: The Future and Role of Youth.”

Malaysia-China Youth Leadership Camp Diadakan di Xi'an, provinsi Shaanxi. (Foto ihsan Kedutaan Malaysia di China)

Malaysia-China Youth Leadership Camp Diadakan di Xi'an, provinsi Shaanxi. (Foto ihsan Kedutaan Malaysia di China)

Video

Berita Berkaitan