- Lain-lain
Xi Bertemu Perdana Menteri Nepal
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli di Beijing pada Selasa.
Xi menyuarakan kesediaan China untuk memperdalam kerjasama pragmatik dengan Nepal, memantapkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping mengukuhkan kolaborasi dalam kesalinghubungan pelabuhan, pengangkutan, grid, komunikasi dan sebagainya.
Beliau berkata selain membantu Nepal beralih ke arah saling hubung di daratan, China akan terus memberi sokongan seboleh mungkin kepada pembangunan sosioekonomi Nepal dan menggalakkan syarikat domestik melabur di negara itu.
China juga menyokong pengisytiharan 2025 sebagai Tahun Pelancongan Nepal dan mengalu-alukan kedatangan rakyat Nepal untuk menjalankan perniagaan, melancong dan melanjutkan pengajian.
Sementara itu, Oli berkata pihaknya akan terus aktif mengambil bahagian dalam BRI dan menghargai siri inisiatif penting yang diketengahkan China termasuk Inisiatif Pembangunan Global (GDI).
Beliau turut meluahkan kesediaan Nepal untuk meningkatkan koordinasi multilateral dengan China dan bersinergi memelihara kepentingan bersama Selatan Global.
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Teroka Pasar Malam di Shenzhen
Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China