UNGA Lulus Resolusi Tuntut Isu Palestin Diselesai secara Tuntas

(CRI)Rabu 04 Disember 2024

Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai resolusi yang menggesa supaya isu Palestin diselesaikan secara tuntas hingga membantu Asia Barat mewujudkan kestabilan.

Semasa sesi khas mengenai Palestin pada Selasa, resolusi berkenaan diluluskan dengan 157 undi menyokong, tujuh berkecuali, serta lapan undi menentang daripada Amerika Syarikat (AS), Israel, Argentina dan anggota lain.

UNGA juga meluluskan resolusi yang menuntut Israel segera mengundurkan anggota bersenjata dari Bukit Golan berdasarkan garis sempadan 1967 dan melaksanakan resolusi berkaitan.

Resolusi itu diluluskan dengan 97 undi menyokong, 64 undi berkecuali dan lapan undi menentang.

Video

Berita Berkaitan