Plot Pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' Pasti Gagal - MFA

(CRI)Sabtu 07 Disember 2024
Plot Pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' Pasti Gagal - MFA

Plot pembelot untuk mengejar 'kemerdekaan Taiwan' menerusi sokongan Amerika Syarikat (AS) atau perbuatan membendung China dengan mempergunakan isu Taiwan, pasti akan menemui kegagalan.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Lin Jin mengulangi pendirian itu menyusuli pemimpin Taiwan Lai Ching-te melakukan apa yang disebut kunjungan ‘transit’ ke Hawaii dan Guam.

Lin menyelar tindakan AS berdegil mengatur ‘persinggahan’ Lai di dua tempat itu, mengadakan interaksi rasmi dengan pihak berkuasa Taiwan, membantu Taiwan mengembangkan ‘ruang antarabangsa’ dan menyediakan platform kepada aktiviti pemisah ‘kemerdekaan Taiwan’.

"Perbuatan seumpama itu tidak selaras dengan prinsip Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS.

"Ia menjadikan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China terjejas dan juga merupakan isyarat salah kepada kuasa pembelot 'kemerdekaan Taiwan'.

"Keazaman dan keupayaan China dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah tak boleh dipandang remeh,” tegas Lin.

Video

Berita Berkaitan