- Lain-lain
Kerajaan Peralihan Syria Ambil Alih Kuasa
 (CRI)Rabu 11 Disember 2024
		
		
Pemimpin "Kerajaan Penyelamat Syria", Mohammed al-Bashir, mengumumkan beliau kini mengambil alih tugas sebagai perdana menteri sementara dengan sokongan kumpulan pembebasan, dan akan memimpin kerajaan sementara sehingga 1 Mac 2025.
Menurut sumber terbuka, "Kerajaan Penyelamat Syria" didirikan dengan sokongan Persekutuan "Pembebasan Syria" yang juga dikenali sebagai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pada 2017. Mohammed al-Bashir mula menjawat jawatan Perdana Menteri "Kerajaan Penyelamat Syria" sejak awal tahun ini.
HTS dipercayai adalah salah satu kuasa utama yang menggulingkan rejim Bashar al-Assad.
 Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn 
	Hak cipta terpelihara © People.cn
 Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang
 
				 
			




