Hak Asasi Manusia: AS Disaran Jaga Diri Sebelum Jaja Retorik Murahan

(CRI)Khamis 12 Disember 2024

Apa yang disebut sekatan yang beralasan hak asasi manusia yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) sebenarnya bertujuan menindas syarikat berteknologi tinggi China secara terang-terangan. Gimik AS yang bertopengkan hak asasi manusia, yang menjadikan hak pembangunan rakyat China terjejas itu hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media Rabu, susulan perbuatan Jabatan Perdagangan AS yang memasukkan dua perusahaan China dalam "senarai entiti" dengan alasan "mencabuli hak asasi manusia".

"Seandainya benar-benar peka akan isu hak asasi manusia, Washington disarankan terlebih dahulu menjaga diri dalam menangani urusan domestik, dan bukan asyik menjaja retorik murahan di setiap pelosok dunia dengan mempolitikkan dan memperalatkannya sebagai senjata untuk melakukan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman negara lain yang boleh menjadikan kepentingan negara berkenaan terjejas," kata beliau lagi.

Video

Berita Berkaitan