Kumpulan ke-47 Armada China Bertolak ke Teluk Aden

(CRI)Isnin 16 Disember 2024

Kumpulan ke-47 armada angkatan laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang terdiri daripada Kapal Baotou, Kapal Honghe dan Kapal Gaoyouhu bertolak dari pelabuhan tentera di Zhoushan pada pagi Ahad menuju ke Teluk Aden dan kawasan perairan Somalia, bagi menggantikan kumpulan ke-46 untuk menjalankan misi pengiring pelayaran.

Tiga kapal tersebut turut membawa dua helikopter, puluhan ahli angkatan khas, serta lebih 700 pegawai dan askar.

Pada misi kali ini, kumpulan ke-47 armada China akan mengadakan latihan bersasar seperti pendaratan helikopter di atas kapal merentasi siang dan malam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kapal dan pesawat, misi menyelamatkan kapal dagang yang dirampas, memerangi keganasan dan pembanterasan lanun dan sebagainya, dalam usaha untuk mengukuhkan koordinasi antara platform pertempuran selain meningkatkan keupayaan armada untuk menjalankan misi.

Video

Berita Berkaitan