Tinjauan CGTN: Dasar 'Satu Negara, Dua Sistem' Disanjung Tinggi

(CRI)Khamis 19 Disember 2024

Satu tinjauan pendapat umum menunjukkan praktik berjaya dasar 'satu negara, dua sistem' di Makau mendapat penghargaan yang tinggi daripada para responden.

Menurut hasil tinjauan itu, 93.9 peratus responden bersetuju dengan prestasi pentadbiran kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Makau pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebanyak 91.9 peratus responden menganggap hak dan kebebasan politik penduduk tempatan dijamin sepenuhnya, manakala 90.8 peratus memuji taraf kebajikan sosial di Makau meningkat dengan ketara.

Dalam tinjauan itu, 94.3 peratus responden menganggap tanah air yang kuat memberi sokongan kukuh kepada kemakmuran dan pembangunan Makau.

Tinjauan pendapat itu dijalankan oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Pusat Pengajian Makau sempena ulang tahun ke-25 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, dengan membabitkan penyertaan 1,551 responden dari wilayah itu.

Video

Berita Berkaitan