FTA China-Singapura Dinaik Taraf, Buka Peluang Niaga

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 31 Disember 2024

(Foto/Xinhua)

(Foto/Xinhua)

Protokol Penaiktarafan Lanjut Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura, yang berkuat kuasa bermula hari ini, akan menguntungkan peniaga dalam tiga aspek utama, maklum Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dalam satu kenyataan, Isnin.

Pertama, pelabur dan pembekal perkhidmatan Singapura akan memperoleh manfaat daripada peraturan yang lebih liberal dan telus, yang menjanjikan kesamarataan dalam kegiatan pelaburan dan perdagangan dengan China, kata kementerian itu.

Kedua, peniaga Singapura akan mendapat faedah daripada akses pasaran China yang lebih luas menerusi pendekatan “senarai negatif” yang bermakna semua sektor akan dibuka kepada pelabur, kecuali yang khusus disenaraikan.

Ketiga, bab mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang baru ditambah akan meningkatkan ketelusan dalam proses kawal selia domestik, menggalakkan persaingan, dan mendorong penglibatan industri dalam aktiviti-aktiviti kolaboratif untuk inovasi dan pembangunan.

Protokol tersebut, yang diumumkan oleh China dan Singapura pada 2023, mula berkuat kuasa pada 31 Disember mengikut persetujuan pada November.

China berstatus rakan dagang barang niaga terbesar Singapura sejak 2013. Memetik kementerian tersebut, pada 2023, urus niaga dengan China mewakili 13.9 peratus keseluruhan perdagangan barang niaga Singapura dengan dunia.

Video

Berita Berkaitan