Jualan Kereta Ikonik China Jenama Hongqi Catat Rekod Baharu pada 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 02 Januari 2025
Jualan Kereta Ikonik China Jenama Hongqi Catat Rekod Baharu pada 2024
Foto bengkel pengeluaran Hongqi. (Foto/Xinhua)

Buat julung-julung kalinya, Hongqi iaitu jenama kereta di bawah pembuat kereta terkemuka China, Kumpulan FAW berjaya memperlihatkan volum jualannya melebihi 400,000 unit pada tahun 2024.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, angka jualan Hongqi pada 2024 direkodkan sebanyak 411,777 unit, sekali gus menyaksikan peningkatan 17.4 peratus dari tahun ke tahun, dan memperlihatkan pertumbuhan positif buat tujuh tahun berturut-turut.

Difahamkan, jualan kereta tenaga baharu Hongqi menaik kepada 115,000 unit, iaitu lonjakan sebanyak 43.7 peratus.

Ditubuhkan pada 1958, Hongqi yang membawa maksud ‘bendera merah’ dan merupakan jenama sedan ikonik China itu sinonim dengan kegunaannya ketika perarakan sambutan hari kebangsaan.

Pada 2024, Kumpulan FAW yang merupakan pemilik Hongqi telah mencapai jualan kenderaan secara keseluruhannya sebanyak 3.2 juta unit, dengan jumlah pendapatan melebihi RMB550 bilion (AS$76.5 bilion).

Foto bengkel pengeluaran Hongqi. (Foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan